Translate

22 March 2023

Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Azalina dilantik Ketua Penerangan, 13 orang Dilantik Ke MKT


 




Asyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu, Azalina dilantik Ketua Penerangan

Astro Awani

Mac 22, 2023 
Selain Asyraf, Datuk Seri Azalina Othman Said yang gagal mendapat kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu dilantik sebagai ketua penerangan parti itu. - Gambar fail/Astro AWANI

Asyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu, Azalina dilantik Ketua Penerangan

Selain Asyraf, Datuk Seri Azalina Othman Said yang gagal mendapat kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu dilantik sebagai ketua penerangan parti itu. - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain Asyraf, Datuk Seri Azalina Othman Said yang gagal mendapat kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu dilantik sebagai ketua penerangan parti itu.

Azalina menggantikan Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil yang turut terpilih sebagai salah seorang dari 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.





UMNO mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai bendahari parti.

Selain itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik menganggotai MKT bagi penggal 2023-2026.

Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada pemilihan UMNO yang berakhir Sabtu lepas, Reezal dan Mahdzir gagal merebut tempat untuk menduduki kerusi naib presiden.

Manakala cubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Pergerakan Wanita UMNO terkandas apabila tewas kepada Datuk Seri Noraini Ahmad.












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 25 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 38 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 52 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 hrs 4 mins ago