Translate

29 March 2023

Sultan Johor berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

 

SULTAN JOHOR TERIMA MENGHADAP MENTERI PENGANGKUTAN

kredit: FB Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar

28/03/2023 11:15 PM

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Loke yang tiba di Johor bersempena lawatan kerja sehari beliau, turut mempersembahkan taklimat serta perkembangan projek infrastruktur berkaitan pengangkutan yang sedang dilaksanakan di negeri itu.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu menyentuh perkembangan kerja-kerja berkaitan Projek Sistem Transit Rapid (RTS), Projek Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB).

Hantaran itu memaklumkan sesi menghadap Sultan Johor adalah kelaziman bagi perwakilan asing mahupun pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan yang mengadakan lawatan kerja ke Johor, bagi mempersembahkan perkembangan projek atau program-program yang dijalankan di negeri itu. 

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 22 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Woman jumps to her death at Sunway Pyramid Shoppin' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed '25 terima rawatan awal setakat' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 49 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 3 mins ago