Translate

23 December 2022

Tiga orang Setiausaha Politik PM Anwar Ibrahim Mengangkat Sumpah di Putrajaya pagi tadi

Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia tiga orang Setiausaha Politik PM Dato Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Putrajaya pagi ini.



Upacara angkat sumpah ini didahului oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yang merupakan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.


Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah saudara Ahmad Farhan Dato' Sri Fauzi dan saudara Chan Ming Kai.



Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar

Bernama
Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar
Pada PRU15 lalu, Shamsul Iskandar bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada Ahmad Zahid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.
"Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk," kata Anwar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.
-- BERNAMA








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 2 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '46 masih dirawat, seo' 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 29 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 41 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 42 mins ago