Translate

29 December 2022

Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

 Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Bernama

Disember 29, 2022 Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.- Gambar fail

Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.- Gambar fail

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang menyamar dengan memakai telekung untuk mencuri di dalam masjid didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri telefon bimbit milik dua jemaah wanita pada minggu lepas.

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.

Namun Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menangguhkan hukuman terhadap Mohamad Amirul Shafiq bagi menunggu laporan sosial memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.



Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Amirul Shafiq dituduh mencuri sebuah telefon bimbit jenis iPhone X milik Maznah Selamat di Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam pada 6.25 pagi, 20 Dis lepas.

Bagi pertuduhan kedua, jurujual itu didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenis Samsung Z Flip 3 milik Kasmunah Abd Rahman di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam pada 8.50 malam, 20 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Redza Azhar menetapkan RM3,000 jaminan bagi setiap pertuduhan dan 17 Jan ini bagi mendengar laporan sosial tersebut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 1 min ago
A visitor from California viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 5 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 17 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed '50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi | B' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat | BES' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini ' 37 mins ago