Batik Air deeply regret of flight delay, special vouchers for affected passengers
27/12/2022 04:37 PM
KUALA LUMPUR, Dec 27 (Bernama) -- Batik Air, formerly known as Malindo Air, has today expressed regret over prolonged delays in flight departures from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) last Friday (Dec 22) which caused much inconvenience to passengers.
Batik Air in a statement said as a gesture, the company will contact all of the affected passengers to extend them special complimentary vouchers.
“The cause of the incident is currently being investigated and we will build on any lapses in our operations for a continuous improvement in our customer service delivery.
“We deeply regret that the delays have caused much inconvenience to our passengers and their families,” the statement read.
Batik Air also explained that food vouchers were provided during the delay but accommodation was unable to be provided due to hotels being fully booked and no food outlets being open after midnight at the terminal.
“We have no intention of causing the delay to be prolonged and we would like to reassure the public that the situation has been rectified and our operations at the KLIA terminal have resumed to normal,” it said.
This came after Transport Minister Anthony Loke urged Batik Air to issue an apology and be held accountable for the incident.
He said so last night in response to a Twitter user by the name Mohd Firdaus Jailan (@firdausjailan) who said he had been stranded in KLIA for more than seven hours due to the delay.
Firdaus' video tweet which has amassed more than one million views showed stranded passengers sleeping on benches near the departure gate, with the flight information display system not showing flight delays on the remarks.
-- BERNAMA
Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan
Astro Awani
Disember 27, 2022
Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan
Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua penerbangan Batik Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching, Sarawak dan Trichy, India pada 22 Disember lepas, terganggu akibat perubahan cuaca dan masalah teknikal pada pesawat.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, sebaik mengesan situasi cuaca buruk, penerbangan itu telah dijadualkan semula.
Jelasnya lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) juga telah dijalankan oleh kru teknikal dan jurutera Batik Air yang terlatih, untuk memastikan pesawat itu dapat terbang dengan selamat.
“Batik Air amat menitikberatkan keselamatan penumpang. Kami telah mengambil langkah tambahan untuk memastikan operasi penerbangan kembali lancar, dan insiden yang terjadi itu amat dikesali.
“Kami langsung tiada niat untuk menyebabkan gangguan penerbangan terus berpanjangan, dan kami memberi jaminan kepada orang awam bahawa situasi itu telah ditangani, dan operasi kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu lagi.
Beberapa pengguna telah menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka selepas penerbangan dari KL-Kuching ditangguh lebih lapan jam dari 11 malam kepada 6 pagi.
Seorang pengguna yang dikenali sebagai Mohd Firdaus Jailan mendakwa, syarikat penerbangan itu langsung tidak mengendahkan kebajikan penumpang yang terpaksa menunggu di lapangan terbang.
Susulan perkongsian itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata syarikat penerbangan itu akan menghubungi semua penumpang yang 'tersadai' di lapangan terbang, bagi memohon maaf selepas penerbangan mereka tergendala.
Dalam pada itu, Batik Air berkata, punca utama kejadian itu masih dalam siasatan, dan sebarang kelemahan akan diperbaiki untuk meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan pelanggan mereka.
“Sebagai tanda kekesalan, Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka.
“Kami amat menyesali gangguan yang terjadi sehingga menyebabkan penerbangan itu tergendala, dan mengakibatkan kerumitan kepada pelanggan serta ahli keluarga mereka,” menurut kenyataan itu lagi.