Translate

29 December 2022

Restoran India berdepan tekanan, kekurangan sehingga 10,000 pekerja asing, meminta melihat pada polisi pengambilan pekerja asing yang dilihat rumit

 

Restoran India berdepan tekanan, kekurangan sehingga 10,000 pekerja asing

Astro Awani
Restoran India berdepan tekanan, kekurangan sehingga 10,000 pekerja asing
RC Krishnan (paling kiri) berkata, sejak COVID-19 melanda negara, mereka berdepan dengan kekurangan kira-kira 7,000 hingga 10,000 pekerja asing dalam sektor itu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) meminta kerajaan supaya memperhalusi polisi pengambilan pekerja asing dengan memudahkan syarat kemasukan ke negara ini.
Timbalan Presiden Primas, RC Krishnan berkata, sejak COVID-19 melanda negara, mereka berdepan dengan kekurangan kira-kira 7,000 hingga 10,000 pekerja dalam sektor itu.
"Sejak penghantaran pulang pekerja asing ketika COVID-19, kami berdepan dengan masalah kekurangan pekerja.
"Justeru saya meminta kerajaan untuk melihat pada polisi pengambilan pekerja asing yang dilihat rumit sehingga ada di antara kami yang tidak dapat mengambil pekerja asing langsung, disebabkan pelbagai faktor termasuk kelayakan," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Tahunan Primas di sini, pada Rabu.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Krishnan menambah, syarat yang ditetapkan kerajaan bukan sahaja merumitkan pengambilan pekerja asing sebaliknya sektor terbabit kini terpaksa berdepan dengan tekanan.
"Sejak 2015 lagi, polisi pengambilan pekerja asing khususnya bagi sektor restoran tidak begitu stabil, setiap kali menteri baharu polisi baharu diperkenalkan," ujarnya.
Menurutnya, sektor perkhidmatan hanya mengambil 14 peratus pekerja asing dengan 2.8 peratus daripada adalah sektor restoran.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 6 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 6 hrs 37 mins ago