Translate

17 December 2022

Tanah Runtuh Batang Kali; Raja Muda Selangor turun padang tinjau operasi SAR


Tragedi Batang Kali: Raja Muda Selangor turun padang tinjau operasi SAR
17 Dis 2022, 12:56pm 
BULETIN TV3

BATANG KALI: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan turun padang bagi melihat sendiri perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, pagi ini.

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 30 minit  turut diberi taklimat mengenai kejadian tanah runtuh itu oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, sebelum berangkat pulang jam 10.50 pagi.

Operasi mengesan baki 12 mangsa yang masih hilang dalam insiden itu disambung semula kira-kira jam 7.30 pagi selepas ditangguhkan malam tadi kerana hujan.

Jumlah korban setakat ini masih 21 orang .

61 lagi diselamatkan dalam tragedi awal pagi semalam yang dilapor membabitkan keseluruhan 94 orang.

Pasukan menyelamat menggunakan jentera berat untuk mengalih pokok dan batu besar di kawasan bencana Batang Kali, pagi ini. – Foto: AP




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED