Translate

03 December 2022

Lima pemimpin wanita diberi kepercayaan sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

 


Lima menteri wanita dalam barisan Kabinet
02 Dis 2022, 
BULETIN TV3




KUALA LUMPUR: Lima pemimpin wanita diberi kepercayaan sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, dilantik sebagai Menteri Pendidikan, manakala Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan.

Turut dilantik Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri turut mengumumkan lantikan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Nancy yang juga Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED