Translate

31 August 2021

Polis Perak Tidak Lulus Permohonan Konvoi Kenderaan Sepanjang PPN

Datuk Mior Faridalathrash Wahid 

Polis Perak tidak lulus permohonan konvoi kenderaan sepanjang PPN

BERNAMA
31/8/2021

IPOH, 31 Ogos -- Polis Perak mengambil pendekatan untuk tidak meluluskan sebarang permohonan konvoi kenderaan yang dibuat oleh mana-mana individu atau kumpulan, sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebarang tujuan berkaitan aktiviti tersebut akan menyebabkan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), serta tiada penjarakan fizikal.

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis menasihatkan kepada kelab atau kumpulan, untuk tidak melakukan sebarang aktiviti konvoi kenderaan sewaktu negara masih berdepan varian Delta virus COVID-19, yang mudah berjangkit ketika ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak merancang dan memohon untuk melakukan sebarang aktiviti konvoi sepanjang tempoh PPN, sehinggalah dibenarkan untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya juga menasihati masyarakat untuk mengelak daripada melakukan sebarang sesi perjumpaan di lokasi tumpuan, serta mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Polis akan terus memantau pematuhan SOP yang sedang berkuat kuasa dan akan mengenakan kompaun kepada sesiapa sahaja yang gagal mematuhinya,” katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed '22 ahli sindiket tawaran kerja sambilan tak wujud ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 13 mins ago