Translate

31 August 2021

Lima Putera Raja Berkenan Zahir Titah Harapan Sempena Hari Kebangsaan

Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka

Lima Putera Raja berkenan zahir titah harapan sempena Hari Kebangsaan

BERNAMA
31/8/2021

KANGAR, 30 Ogos --Putera Raja dari lima negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan menzahirkan titah harapan berkaitan Malaysia secara dalam talian menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ malam esok.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Putera Raja terbabit ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan bersiaran di Facebook Live Suara Sunnah Channel, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, MAIPs dan YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

"Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan siaran itu bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Kebersamaan Putera-Putera Raja Melayu ini menzahirkan pandangan dan harapan menerusi acara ini amat mencerminkan rasa tanggungjawab, keprihatinan serta rasa cinta terhadap negara dan betapa pentingnya untuk kita sebagai warganegara tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsa, budaya termasuk agama untuk sama-sama mengekal dan mempertahan keamanan serta kemerdekaan negara," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Anwar dijadual sampaikan pernyataan bersama ASEAN ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penerbangan Agresif, Tahap Alkohol Tinggi Punca Na' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 46 mins ago
A visitor from New york viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Turk' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Anwar dijadual sampaikan pernyataan bersama ASEAN ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 1 hr 25 mins ago