Translate

31 August 2021

Abdul Karim Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif SATU

Abdul Karim Endut

Abdul Karim dilantik Ketua Pegawai Eksekutif SATU

BERNAMA
31/8/2021

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos -- Ketua Perkhidmatan Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Karim Endut, 51, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) yang baharu.

SATU dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Abdul Karim yang berkuat kuasa 1 Sept ini, adalah bagi mengambil alih tempat Ir Atemin Sulong yang tamat tempoh perkhidmatan pada 24 Julai lepas.

Menurutnya Abdul Karim mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam pengurusan operasi perkhidmatan air, teknikal dan penyelenggaran air, pengagihan dan pengurusan loji rawatan air di beberapa konglomerat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sebelum dilantik menerajui SATU, Abdul Karim adalah Ketua Perkhidmatan Operasi yang mengawal selia perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan aset di Air Selangor.

"Siswazah Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan (Chemistry-Polymer) dari Universiti Henri Poincare, Perancis itu juga telah berkhidmat di beberapa syarikat korporat yang lain antaranya Konsortium Air Selangor di bawah KDEB Group, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), ONDEO Services(M) dan SUEZ Group," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi SATU berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

"Saya yakin Abdul Karim berupaya menerajui SATU ke arah perubahan pengoperasian dan amalan yang lebih baik serta berkesan dan mampu menjadikan SATU sebagai sebuah syarikat korporat terbaik di Terengganu", katanya.

SATU ialah anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc yang ditubuhkan pada 18 Nov 1997.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 23 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 2 hrs 19 mins ago