Translate

30 August 2021

Tular Lelaki Bergelang Putih Pandu Lalu Di Restoran Makanan Segera

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu didakwa mengenakan gelang berwarna putih dan tindakannya itu tular selepas gambarnya dimuat naik ke laman Facebook sejak petang Ahad. - Foto media sosial


Tular lelaki bergelang putih pandu lalu di restoran makanan segera

Astro Awani
30/8/2021

BUTTERWORTH: Polis mengesahkan menerima aduan berhubung tular beberapa keping gambar seorang lelaki dipercayai berada di bawah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) bertindak keluar dari rumah dan memandu di sebuah restoran makanan segera di Bagan Ajam, Butterworth hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan lelaki berkenaan.

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu didakwa mengenakan gelang berwarna putih dan tindakannya itu tular selepas gambarnya dimuat naik ke laman Facebook sejak petang Ahad.

Lelaki itu dipercayai baru selesai membeli makanan segera melalui kaunter pandu lalu dan sedang menunggu pesanan siap ketika gambar dirakam.

Gambar itu memaparkan lelaki tersebut mengenakan pelitup muka berwarna hitam di bawah dagu sambil membuka tingkap kereta.

Turut kelihatan, seorang kanak-kanak yang menampal gel penyejuk badan pada dahi dipercayai sedang demam.

Pengguna Facebook mengecam tindakan lelaki tersebut dan dia sepatutnya sedang menjalani kuarantin di rumah, namun bertindak memandu keluar ke tempat awam.

Bagaimanapun ada di kalangan pengguna Facebook yang bersimpati dan mendakwa lelaki itu berkemungkinan terpaksa keluar membeli makanan berikutan tiada kenalan atau keluarga yang boleh membantu.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tular-lelaki-bergelang-putih-pandu-lalu-di-restoran-makanan-segera-316743



Polis mengesahkan menerima aduan berhubung tular beberapa keping gambar seorang lelaki dipercayai berada di bawah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO)


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 26 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 52 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 8 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 8 hrs 58 mins ago