Translate

29 August 2021

26 Kluster Baharu, 20 Daripadanya Kluster Tempat Kerja



COVID-19: 26 kluster baharu, 20 daripadanya kluster tempat kerja

Astro Awani
29/8/2021

PUTRAJAYA: Sebanyak 26 kluster baharu dilaporkan pada Ahad dengan 20 daripadanya adalah daripada kluster tempat kerja melibatkan 770 kes baharu.

Kluster lain melibatkan Kluster Komuniti dengan 165 kes direkodkan dan Kluster Pendidikan yang merekodkan 117 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada 20,579 kes harian yang dilaporkan pada Ahad, sebanyak 455 kes atau 2.2 peratus adalah daripada Kategori 3, 4 dan 5.

Beliau berkata, kes selebihnya berjumlah 20,124 kes atau 97.8 peratus lagi terdiri daripada Kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, sebanyak 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data terkini pada 28 Ogos 2021, nilai RT (kadar kebolehjangkitan) Malaysia adalah sebanyak 1.01.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.25), diikuti oleh Perlis (nilai 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 7 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 40 mins ago