Translate

29 August 2021

26 Kluster Baharu, 20 Daripadanya Kluster Tempat Kerja



COVID-19: 26 kluster baharu, 20 daripadanya kluster tempat kerja

Astro Awani
29/8/2021

PUTRAJAYA: Sebanyak 26 kluster baharu dilaporkan pada Ahad dengan 20 daripadanya adalah daripada kluster tempat kerja melibatkan 770 kes baharu.

Kluster lain melibatkan Kluster Komuniti dengan 165 kes direkodkan dan Kluster Pendidikan yang merekodkan 117 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, daripada 20,579 kes harian yang dilaporkan pada Ahad, sebanyak 455 kes atau 2.2 peratus adalah daripada Kategori 3, 4 dan 5.

Beliau berkata, kes selebihnya berjumlah 20,124 kes atau 97.8 peratus lagi terdiri daripada Kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, sebanyak 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data terkini pada 28 Ogos 2021, nilai RT (kadar kebolehjangkitan) Malaysia adalah sebanyak 1.01.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.25), diikuti oleh Perlis (nilai 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 19 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 2 hrs 26 mins ago