Translate

31 August 2021

Lima Putera Raja Berkenan Zahir Titah Harapan Sempena Hari Kebangsaan

Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka

Lima Putera Raja berkenan zahir titah harapan sempena Hari Kebangsaan

BERNAMA
31/8/2021

KANGAR, 30 Ogos --Putera Raja dari lima negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan berkenan menzahirkan titah harapan berkaitan Malaysia secara dalam talian menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ malam esok.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Putera Raja terbabit ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan bersiaran di Facebook Live Suara Sunnah Channel, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, MAIPs dan YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

"Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan siaran itu bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Kebersamaan Putera-Putera Raja Melayu ini menzahirkan pandangan dan harapan menerusi acara ini amat mencerminkan rasa tanggungjawab, keprihatinan serta rasa cinta terhadap negara dan betapa pentingnya untuk kita sebagai warganegara tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsa, budaya termasuk agama untuk sama-sama mengekal dan mempertahan keamanan serta kemerdekaan negara," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 7 mins ago
A visitor from Caloocan viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM Anwar terima kunjungan hormat Siti Nurhaliza, b' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 8 hrs 6 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 8 hrs 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 47 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 9 hrs 24 mins ago