Translate

27 July 2021

Status Vaksinasi Covid-19 Harian Mengikut Kategori Hanya 346 Kes Didalam Kategori 3, 4, 5 | 27 Julai 2021

 

27/7/2021

Daripada jumlah 16,117 kes baharu hari ini (27 Julai 2021):

- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 87 kes, 0.5% (95.4% tiada sejarah vaksinasi)

- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 124 kes, 0.8% (83.9% tiada sejarah vaksinasi)

- Kategori 3 (radang paru-paru): 135 kes, 0.8% (73.3% tiada sejarah vaksinasi)

- Kategori 2 (gejala ringan): 6,710 kes, 41.6% (79.5% tiada sejarah vaksinasi)

- Kategori 1 (tiada gejala): 9,061 kes, 56.3% (94.4% tiada sejarah vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
 
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (82.65% tiada sejarah vaksinasi) dan 97.9% kes pada kategori 1 dan 2 (87.9% tiada sejarah vaksinasi).
 
Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 87.9% tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang. Oleh itu, kes-kes kategori 3-5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Oleh itu apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5 jauh lebih tinggi peratusannya. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat).





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED