Translate

20 July 2021

Sinovac berkesan setanding Pfizer - Dr Noor Hisham (Video)

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Sinovac berkesan setanding Pfizer - Dr Noor Hisham

Astro Awani
20/7/2021

KUALA LUMPUR: Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac mempunyai kadar keberkesanan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi di Facebooknya pada Selasa berhubung laporan sebuah jurnal kesihatan pada 7 Julai lalu mengenai penggunaan vaksin Sinovac oleh negara Chile dari Februari hingga Mei lalu.

Laporan "New England Journal of Medicine" itu melihat kepada seramai 4.2 juta orang lengkap divaksin berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksin.

"Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan COVID-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jurnal yang sama pada Disember 2020 melaporkan, ujian dilakukan Pfizer menunjukkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat rendah dan menganalisa 170 kes COVID-19 (8 divaksin. 162 dalam kumpulan tidak divaksinasi).

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan, Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk COVID-19.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 6 mins ago