Pesawat penerbangan Japan Airlines JL073 yang membawa vaksin AstraZeneca (AZ) sumbangan kerajaan Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.20 petang Khamis. - Gambar Astro AWANI |
Satu juta vaksin AZ sumbangan Jepun selamat mendarat di KLIA
Astro Awani
SEPANG: Pesawat penerbangan Japan Airlines JL073 yang membawa vaksin AstraZeneca (AZ) sumbangan kerajaan Jepun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.20 petang.
Pesawat Boeing 787 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Chiba pada pukul 10.20 pagi waktu Malaysia itu membawa satu juta dos vaksin AZ.
Antara yang hadir menyambut ketibaan vaksin tersebut ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.
Difahamkan, sebaik selesai proses pemindahan, trak syarikat logistik diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.
Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sumbangan tersebut melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun serta kepercayaan mereka terhadap Malaysia dalam memerangi COVID-19, selain menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak COVID-19
Bekalan vaksin tersebut juga, kata beliau, dapat memperhebatkan lagi PICK dan membantu negara mencapai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Vaksin tersebut akan diedarkan segera ke PPV seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Jepun turut menyumbangkan sebanyak 1.24 juta dos vaksin kepada Taiwan.
Selain vaksin yang disumbangkan Jepun, sebanyak satu juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer-BioNTech akan diperoleh pada Jumaat sumbangan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Sejumlah satu juta dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan kerajaan Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)#AWANInews https://t.co/GTI02jtEfr
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) July 1, 2021
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka tiba di KLIA pada pukul 5.10 petang untuk menyambut ketibaan 1 juta dos vaksin AstraZeneca pic.twitter.com/jYFCg1ECCO
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 1, 2021
Pesawat Japan Airlines JL073 jenis Boeing 787 yang membawa 1 juta dos vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan negara Jepun tiba di KLIA, Sepang pada pukul 5.20 petang. pic.twitter.com/7dnxW5X6Uj
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 1, 2021