Translate

24 July 2021

Program Food Bank Petronas Dagangan diperluaskan ke lebih 400 stesen minyak (Video)

Petronas Dagangan Bhd (PDB) merancang untuk memperluas Program Food Banknya dengan membabitkan lebih daripada 400 stesen Petronas 

Program Food Bank Petronas Dagangan diperluaskan ke lebih 400 stesen minyak

BERNAMA
24/7/2021

KUALA LUMPUR, 23 Julai -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) merancang untuk memperluas Program Food Banknya dengan membabitkan lebih daripada 400 stesen Petronas di seluruh negara bagi memberi bantuan kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

PDB yang merupakan cabang pemasaran syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah memperuntukkan bekalan makanan bernilai RM600,000 bagi meningkatkan program tersebut supaya dapat disalurkan kepada lebih banyak penerima dan mereka yang memerlukannya.

Syarikat itu berkata, penerima dan mereka yang memilih untuk menyumbang secara terus boleh mencari stesen yang terlibat dalam program tersebut menerusi ciri-ciri baharu yang disediakan dalam aplikasi mudah alih e-wallet Petronas, Setel.

"Pengguna aplikasi itu juga boleh memilih untuk membeli pek food bank daripada kenderaan mereka melalui ciri Deliver2Me ketika berada di stesen, manakala orang ramai juga boleh menyumbang secara dalam talian dari rumah mereka sendiri.

"Ahli Mesra boleh menebus dan menukar mata ganjaran mereka kepada pek food bank menerusi aplikasi Setel sementara pek food bank juga boleh dibeli terus daripada www.petronasmerchandise.com," kata PDB.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata syarikat itu tidak meraih keuntungan daripada sumbangan yang dibuat oleh orang ramai.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED