Translate

20 July 2021

Polis siasat dakwaan gangguan seksual di PPVAZ

Mohd Padzli Mohd Zain 

Polis siasat dakwaan gangguan seksual di PPVAZ

BERNAMA
20/7/2021

JOHOR BAHRU, 20 Julai -- Polis sudah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang anggota keselamatan yang bertugas di pusat pemberian vaksin AstraZeneca (PPVAZ) Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata mangsa berusia 32 tahun itu membuat laporan polis pada jam 4.56 petang pada hari kejadian.

"Kenyataan pengadu telah dirakam dan masih dalam kes disiasat di bawah Sekyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular di laman sosial Facebook, wanita berkenaan mendakwa seorang pengawal keselamatan di PPVAZ itu membuat jenaka dan isyarat lucah terhadapnya ketika hadir untuk janji temu vaksinnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED