Translate

04 July 2021

Polis sedang giat memburu dua individu lelaki yang dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari kawasan PPR Pantai Ria, Pantai Dalam




PKPD: Sanggup meniarap redah kawat berduri mahu loloskan diri
ASTRO AWANI
Julai 4, 2021 

Kedua-dua mereka dikatakan telah melarikan diri menerusi laluan belakang sungai PPR tersebut apabila berjaya melepasi halangan kawat duri. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR : Polis sedang giat memburu dua individu lelaki yang dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di ibu negara yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai sebaik sahaja insiden tersebut tular di media sosial.

Kedua-dua mereka dikatakan telah melarikan diri menerusi laluan belakang sungai PPR tersebut apabila berjaya melepasi halangan kawat duri.

Kejadian yang tular di media sosial berdurasi 2 minit 4 saat itu menyaksikan cubaan kedua-dua lelaki berkenaan melepasi kawat duri dalam keadaan meniarap.

PKPD | Dua lelaki lolos dari kawasan PKPD
Anuar Omar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula Sabtu sehingga 14 Julai.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED