Kenyataan Akhbar KPK 21 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,902 kes (806,857 kes kumulatif, 84.8%);
- Kes baharu : 11,985 kes (951,884 kes kumulatif);
- Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 11,978 kes [10,445 warganegara (87.2%); 1,533 bukan warganegara (12.8%)];
- Kes aktif : 137,587 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 927 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
- Kes kematian : 199 kes (7,440 kes kumulatif, 0.78%; 173 warganegara, 26 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 3,329 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,398 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 931 kluster.
Daripada 11,985 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 65 kes (0.5 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 97.6 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa. KKM telah mengambil pendekatan bagi kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai untuk di kuarantin/isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Kes-kes kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
Melihat situasi jumlah kes harian yang kekal tinggi, sememangnya katil-katil di hospital terutamanya ICU adalah penuh dengan pesakit. Daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.
Oleh itu, KKM ingin terus menyeru warga Malaysia terutamanya daripada kumpulan umur 18 hingga 59 tahun untuk mendaftar, mengikut temujanji yang ditetapkan, dan hadir mendapatkan vaksin COVID-19.
Sebanyak 199 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Pahang, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 20 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 20 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Sabah (nilai RT 1.25), Kedah (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.19), Selangor (nilai RT 1.15), Negeri Sembilan (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.14), Perak (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Kelantan (nilai RT 1.10), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.08).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Julai 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 5,550 (3) | 337,897 |
WP KUALA LUMPUR | 1,174 (2) | 101,926 |
JOHOR | 644 (2) | 80,991 |
SABAH | 474 | 76,927 |
SARAWAK | 261 | 72,213 |
NEGERI SEMBILAN | 745 | 64,084 |
PULAU PINANG | 362 | 40,118 |
KELANTAN | 386 | 38,293 |
KEDAH | 800 | 34,756 |
PERAK | 274 | 32,142 |
MELAKA | 453 | 26,288 |
PAHANG | 603 | 19,839 |
TERENGGANU | 171 | 13,158 |
WP LABUAN | 35 | 9,503 |
WP PUTRAJAYA | 51 | 3,117 |
PERLIS | 2 | 632 |
JUMLAH KESELURUHAN | 11,985 (7) | 951,884 |
LAMPIRAN 3
Perincian 11,985 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 5,550 | 174 | 3,679 | 3 | 1,694 |
WP KUALA LUMPUR | 1,174 | 202 | 529 | 2 | 441 |
KEDAH | 800 | 92 | 480 | – | 228 |
NEGERI SEMBILAN | 745 | 110 | 450 | – | 185 |
JOHOR | 644 | 245 | 278 | 2 | 119 |
PAHANG | 603 | 154 | 375 | – | 74 |
SABAH | 474 | 82 | 227 | – | 165 |
MELAKA | 453 | 203 | 190 | – | 60 |
KELANTAN | 386 | 168 | 146 | – | 72 |
PULAU PINANG | 362 | 108 | 128 | – | 126 |
PERAK | 274 | 53 | 98 | – | 123 |
SARAWAK | 261 | 71 | 115 | – | 75 |
TERENGGANU | 171 | 32 | 123 | – | 16 |
WP PUTRAJAYA | 51 | 6 | 25 | – | 20 |
WP LABUAN | 35 | 7 | 22 | – | 6 |
PERLIS | 2 | – | 1 | – | 1 |
JUMLAH KESELURUHAN | 11,985 | 1,707 | 6,866 | 7 | 3,405 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JULAI 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Tapak Bina Jalan Langat | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 40 | 92 |
2 | Industri Jalan Jati Kiri | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 55 | 115 |
3 | Industri Anggerik Mokara 47 | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 19 | 402 |
4 | Industri Sungai Kayu Ara 32 | Tempat Kerja | Selangor | Klang, Kuala Langat, dan Petaling | 77 | 419 |
5 | Industri Meranti Utama Satu | Tempat Kerja | Selangor | Sepang | 17 | 338 |
6 | Jalan Seladang | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 22 | 54 |
7 | Jalan Jelawat Satu | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 5 | 230 |
8 | Industri Sungai Baong | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah | 14 | 239 |
9 | Tingkat Mak Mandin Lima | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara | 25 | 268 |
10 | PLO Jalan Tembaga | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 14 | 143 |
11 | Jalan Tanjong Puteri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 10 | 54 |
12 | Simpang Pinggiran Tongkang | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 19 | 215 |
13 | Lorong Bukit Enam | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Cheras | 95 | 115 |
14 | Dah Tapak Bina Pauh | Tempat Kerja | Kedah | Pendang dan Kuala Muda | 18 | 46 |
15 | Sawit Lung | Tempat Kerja | Sabah | Beluran | 15 | 40 |
16 | Industri KKIP Selatan | Tempat Kerja | Sabah | Kota Kinabalu dan Tuaran | 12 | 66 |
17 | Pengkalan Barat 2 | Tempat Kerja | Perak | Kinta | 9 | 140 |
18 | Jalan Melor Ketereh | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 19 | 32 |
19 | Kampung Sireh | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 9 | 25 |
20 | Kampung Joh | Komuniti | Kelantan | Machang | 18 | 23 |
21 | Jalan Melur Tangkak | Komuniti | Johor | Tangkak | 12 | 16 |
22 | Jalan Paip | Komuniti | Johor | Tangkak | 12 | 13 |
23 | Sungai Sebatu | Komuniti | Sarawak | Meradong | 33 | 99 |
24 | Dah Kuala Jerlun | Komuniti | Kedah | Kubang Pasu | 30 | 37 |
25 | Nabun | Komuniti | Pahang | Lipis | 21 | 25 |
26 | Jalan Daud | Kumpulan Berisiko Tinggi | WP Kuala Lumpur | Titiwangsa | 9 | 35 |
27 | Lorong Ampang Dua | Kumpulan Berisiko Tinggi | WP Kuala Lumpur | Titiwangsa | 25 | 29 |
28 | Taman Sentosa Neram | Keagamaan | Terengganu | Kuantan | 27 | 43 |
29 | Kampung Hujung Tanjung | Keagamaan | Kelantan | Kota Bharu | 11 | 23 |
30 | Kampung Tengah Dalam | Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah KPM | Johor | Kluang | 30 | 116 |
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 JULAI 2021
NEGERI | NILAI RT |
TERENGGANU | 1.31 |
SABAH | 1.25 |
KEDAH | 1.23 |
PULAU PINANG | 1.22 |
JOHOR | 1.20 |
WP PUTRAJAYA | 1.19 |
SELANGOR | 1.15 |
NEGERI SEMBILAN | 1.14 |
PAHANG | 1.14 |
PERAK | 1.13 |
MELAKA | 1.12 |
KELANTAN | 1.10 |
WP KUALA LUMPUR | 1.08 |
SARAWAK | 0.95 |
WP LABUAN | 0.75 |
PERLIS | 0 |
MALAYSIA | 1.12 |