Translate

26 July 2021

Malaysia Covid-19 26/7 Status Report : Record 207 Deaths Today | New Cases- 14,516 | Active Cases- 165,840 | Total Deaths- 8201.

Kenyataan Akhbar KPK 26 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 9,372 kes (853,913 kes kumulatif, 83.1%);
  • Kes baharu : 14,516 kes (1,027,954 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,513 kes [11,480 warganegara (79.1%);  3,033 bukan warganegara (20.9%)];
  • Kes aktif : 165,840 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,009 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 524 kes;
  • Kes kematian : 207 kes (8,201 kes kumulatif, 0.80%; 184 warganegara, 23 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,485 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 33 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,480 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,005 kluster.

Daripada 14,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak:

  • 95 kes, 0.7 peratus (97.9% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan);
  • 77 kes, 0.5 peratus (85.7% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen);
  • 83 kes, 0.6 peratus (67.5% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 3 (radang paru-paru);
  • 7,045 kes, 48.5 peratus (87.6% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 2 (bergejala ringan); dan
  • 7,216 kes, 49.7 peratus (95.6% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 1 (tidak bergejala).

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 1.8% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (84% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.2% kes pada kategori 1 dan 2 (92% tiada sejarah vaksinasi). Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 92% tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang. Oleh itu, kes-kes kategori 3-5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Oleh itu apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5 jauh lebih tinggi peratusannya. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat).

Sebanyak 207 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 52 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, 19 kes di Kedah, 18 kes di Melaka, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Pahang, enam (6) kes di Sabah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dan dua (2) kes  di Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 25 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 25 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kedah (nilai RT 1.26) dan Sabah (nilai RT 1.24). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR6,508 (1)373,977
WP KUALA LUMPUR1,425111,476
JOHOR1,44985,707
SABAH72080,190
SARAWAK356 (1)74,342
NEGERI SEMBILAN45267,067
PULAU PINANG40242,499
KELANTAN34640,019
KEDAH1,160 (1)39,637
PERAK59034,509
MELAKA37328,467
PAHANG38621,773
TERENGGANU24514,563
WP LABUAN89,607
WP PUTRAJAYA943,461
PERLIS2660
JUMLAH KESELURUHAN14,516 (3)1,027,954

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 14,516 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR6,508842,92613,497
JOHOR1,449600602247
WP KUALA LUMPUR1,425329521575
KEDAH1,1601825921385
SABAH720226331163
PERAK590106157327
NEGERI SEMBILAN45212724382
PULAU PINANG40251176175
PAHANG3869423359
MELAKA37311616988
SARAWAK35631282142
KELANTAN34619711435
TERENGGANU2453293120
WP PUTRAJAYA947222
WP LABUAN853
 PERLIS211
JUMLAH KESELURUHAN14,5162,1756,51735,821

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan PerdanaTempat KerjaJohorPontian215249
2Taman Perindustrian SinaranTempat KerjaJohorKluang67129
3Jalan Makmur IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru2533
4PLO Jalan Perak TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru1151
5Jalan Mahir EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru10103
6Jalan SILC DuaTempat KerjaJohorJohor Bahru946
7Industri Kesidang LimaTempat KerjaSelangorHulu Selangor98255
8Industri Perusahaan Batu 20Tempat KerjaSelangorGombak2225
9Industri Jalan Haji MananTempat KerjaSelangorKlang67225
10Gom TujuhTempat KerjaSarawakBintulu2450
11Jalan Tatau-SelangauTempat KerjaSarawakTatau18224
12Industri Perai 4ATempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan32500
13Industri Jalan PantaiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah15447
14Tapak Bina  Jalan PelangiTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong69226
15Tapak Bina Jalan ConlayTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai dan Titiwangsa34170
16Tanah Mas BidorTempat KerjaPerakBatang Padang103260
17Industri Nilai EmasTempat KerjaNegeri SembilanSeremban83422
18Padang Limau NipisTempat KerjaTerengganuMarang, Kuala Terengganu, dan Hulu Terengganu40246
19Industri Simpang GadingTempat KerjaMelakaAlor Gajah22483
20Industri Batu 61Tempat KerjaPahangJerantut1960
21Kampung TempoyakTempat KerjaKelantanPasir Mas dan Kota Bharu917
22Simpang Empat PanjiKomunitiKelantanKota Bharu dan Tumpat1014
23Lorong Yusof BongsuKomunitiKelantanPasir Mas527
24Jalan Aman ShahKomunitiPerakLarut, Matang, dan Selama1728
25Tanjung MedanKomunitiPerakKuala Kangsar dan Perak Tengah1451
26Teratai KulaiKomunitiJohorKulai3995
27Dah RuatKomunitiKedahYan2228
28Lorong Haji LamatKomunitiMelakaMelaka Tengah2256
29Jalan Merak Jengka TujuhKomunitiPahangMaran2167
30Bagan TunjangKomunitiSelangorSabak Bernam1656
31Jalan Delima BintangKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai1928
32Dah TelukInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMKedahKota Setar dan Padang Terap3863
33Jalan Anggerik PanjiPendidikan LainKelantanKota Bharu714


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 25 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.36
KEDAH1.26
SABAH1.24
PULAU PINANG1.23
KELANTAN1.22
JOHOR1.20
PERAK1.19
SELANGOR1.16
PAHANG1.13
WP KUALA LUMPUR1.13
WP PUTRAJAYA1.12
MELAKA1.06
NEGERI SEMBILAN1.03
SARAWAK1.02
WP LABUAN0.70
PERLIS0
MALAYSIA1.15

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED