| |
Nilai R-Naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif |
COVID-19: Nilai R-naught 1.06, Pahang tertinggi
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (R0/Rt) COVID-19 di Malaysia terus mencatat peningkatan untuk tujuh hari berturut-turut.
Angka itu berada pada paras 1.06 pada Khamis, berbanding 1.05 hari sebelumnya.
Tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Pahang yang tertinggi pada 1.20.
Ini diikuti Melaka (1.11, Negeri Sembilan (1.10), Perak (1.09), Kuala Lumpur (1.08), Putrajaya (1.07) dan Selangor (1.07).
Sementara itu, negeri lain mencatat kadar di bawah 1.0 iaitu Kedah (0.99), Labuan (0.98), Pulau Pinang (0.97), Sarawak (0.94), Sabah (0.94), Johor (0.90), Kelantan (0.83), Terengganu (0.68).
Perlis merekodkan satu kes baharu.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-Naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-nilai-rnaught-106-pahang-tertinggi-306203
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-nilai-rnaught-106-pahang-tertinggi-306203
Kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt pada 1 Julai di seluruh negara meningkat kepada 1.06 sejajar dengan peningkatan kes baharu.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 2, 2021
Ro/Rt mengikut negeri, Pahang mencatatkan kadar tertinggi 1.20 diikuti Melaka 1.11. #COVID19
Daftar ➡️ https://t.co/BuaBwXu8H6 pic.twitter.com/MAPljwYADk