Translate

20 July 2021

5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR semalam - Bukit Aman

 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan pada kelmarin

5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR semalam - Bukit Aman

BERNAMA
20/7/2021

KUALA LUMPUR, 20 Julai -- Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan pada kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara semalam.

“Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan petugas keselamatan negara bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran sempena sambutan perayaan Aidiladha.

Kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu atau Dua PPN

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED