Translate

22 July 2021

47 negara PAHO kenal pasti kes melibatkan VOC

Petugas kesihatan menyuntik dos vaksin COVID-19 keluaran Moderna ke atas seorang wanita di Hospital Saint Damien, Port-au-Prince, Haiti, 19 Julai, 2021. REUTERS

COVID-19: 47 negara PAHO kenal pasti kes melibatkan VOC

Astro Awani
22/7/2021

ORGANISASI Kesihatan Pan Amerika (PAHO) terus bergelut dengan pandemik COVID-19 dengan terbaru, penularan empat varian yang menjadi kebimbangan (VOC) dikenal pasti di benua tersebut.

Menurut Pengarah PAHO Carissa F Etienne, setakat ini 47 negara dan daerah dalam kalangan negara Pan Amerika merekodkan sekurang-kurangnya satu VOC.

"COVID-19 terus menjadi kebimbangan utama di benua ini terutamanya di negara yang tiada liputan vaksinasi yang meluas dan penularan varian hanya memburukkan lagi keadaan.

"Virus akan terus bermutasi dan oleh sebab itu ia akan menjadi kurang bahaya tetapi lebih cepat menular pada masa akan datang. Dan sebab itu kita melihat ia pada virus SARS COVID-2 yang menyebabkan COVID-19.

"Banyak VOC menular dengan lebih cepat dan menjangkiti kelompok baharu di benua ini dan di seluruh dunia.

"Setakat ini 47 negara dan wilayah mengenal pasti sekurang-kurangnya satu VOC dan 11 lagi merekodkan kesemua VOC: Alpha, Beta, Gamma dan Delta," katanya pada Rabu.

Penularan VOC ketika ini menjadi kebimbangan utama pemimpin dunia.

Di Amerika Syarikat, peningkatan sehingga 120 peratus akibat varian Delta direkodkan dalam kalangan kes harian.

Manakala di United Kingdom dengan hampir kesemua populasi selesai divaksinasi, menyaksikan 90 peratus peningkatan kes akibat varian baharu.

Apa yang lebih membimbangkan organisasi ini adalah, kewujudan kumpulan anti vaksin yang akan memperlahankan program vaksinasi di benua itu.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED