Translate

28 February 2021

Isu memotong giliran senarai penerima vaksin, lapor terus kepada saya - Khairy ( kj@mosti.gov.my )

Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy

Astro Awani
28/2/2021

KUALA LUMPUR: Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Malah, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata wakil rakyat juga disaran mengambil vaksin secara berperingkat.

"Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.

"Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Tidak bagus," katanya menerusi Twitter beliau.

Sebelum ini timbul isu melibatkan beberapa pemimpin politik peringkat negeri sama ada bergelar wakil rakyat ataupun tidak telah menerima vaksin COVID-19.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata beliau memandang serius isu memotong giliran senarai penerima vaksin.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar isu itu ditangani dan tidak berulang lagi.

"Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara 'anonymous' (tanpa nama) terus kepada saya kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat.

"Pasukan saya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin.

"Kami memandang serius semua pendedahan," katanya di Twitter.

Beliau bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong yang berada dalam jawatankuasa khas akan menyiasat laporan atau aduan yang dikemukakan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 27 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man charged with wife's murder in Ipoh | BEST FBKL' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 11 mins ago