Translate

24 February 2021

253 Individu Ingkar SOP PKP Ditahan



231 individu dikompaun, 22 direman ingkar arahan PKP - Ismail Sabri

Astro Awani
24/2/2021

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 253 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 231 individu dikompaun manakala 22 lagi direman.

“Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memakai pelitup muka, jalankan aktiviti perjudian, aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran serta tiada penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mengenai Operasi Benteng, katanya pihak berkuasa telah menahan seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tujuh kenderaan serta tindakan pengusiran terhadap PATI berkenaan.

Setakat ini, katanya seramai 130,115 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemuanya telah diarah menjalani proses kuarantin wajib.

Daripada jumlah itu, seramai 7,901 individu telah dikuarantin dan seramai 121,525 orang dibenarkan pulang manakala 689 lagi dibawa ke hospital.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:



 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Wilmington viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Koperal parah akibat senjata sendiri di IPK Pulau ' 1 hr 38 mins ago