Translate

31 January 2021

PKP Di Dua Daerah Di Sarawak, Penjara Simpang Renggam Dan Kuarters Kakitangan Dikenakan PKPD



PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dua daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan di Kluang, Johor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di kawasan-kawasan terbabit.

"Dua daerah di Sarawak adalah Song dan Kapit, yang mana PKP akan bermula dari 2 Februari hingga 15 Februari.

"Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan pula akan dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Februari.

"SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

"SOP PKP pula sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dua wakil isi rumah, pergerakan kecemasan dengan kebenaran PDRM dan aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam," katanya dalam kenyataan media harian.

Pelaksanaan PKP dan PKPD ini, tambahnya, akan membantu memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan secara bersasar untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

Source: Astro Awani



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 35 mins ago