Translate

31 January 2021

PM Muhyiddin Junjung Kasih Al-Sultan Abdullah Sempena Ulang Tahun Kedua Sebagai YDP Agong


PM Muhyiddin junjung kasih Al-Sultan Abdullah sempena ulang tahun kedua sebagai Agong


BERNAMA
31/01/2021 

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah untuk terus beroleh keberkatan berkekalan.

“Ampun Tuanku. Hari ini 31 Jan 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 15 Jan 2020.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja 24 Jan 2020 dan melafaz sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2020.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 42 mins ago