Translate

30 January 2021

JAIM Siasat Ritual Ajaran Sesat Di Pulau Besar

                       

                                           


JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar

Sinar Harian

MELAKA: Kerajaan negeri kesal sekiranya benar berlaku dakwaan kegiatan ritual atau pemujaan ajaran sesat 'Islam Melayu' di Pulau Besar.

Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek berkata pihaknya tidak menyangka dakwaan ajaran berkenaan aktif semula dengan mengaitkan 'pulau keramat' itu sebagai lokasi acara ritual oleh kumpulan ajaran sesat berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sentiasa membuat pemantauan di pulau berkenaan bagi mengelakkan berlaku perkara khurafat dan sebagainya manakala Jabatan Mufti juga sedang menyiasat kebenaran video tular tersebut.

"Sekiranya video yang ditularkan itu bertujuan untuk memperingatkan mengenai ajaran sesat itu ia sewajarnya disokong, namun apabila ia turut mengaitkan Pulau Besar maka kita perlu memandang serius perkara ini.

"Kita juga juga menyokong dan memandang positif nasihat yang diberikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan agar orang ramai agar tidak terpengaruh dengan kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai 'Agama Melayu' itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook, video berdurasi 8.05 minit yang menceritakan mengenai ajaran sesat itu selain memaparkan acara ritual yang didakwa berlaku di Pulau Besar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Azahan Md Samat berkata, ajaran sesat berkenan dalam perhatian pihaknya dan JAIM sedang bekerjasama dengan jabatan agama di negeri lain untuk membantu siasatan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Menurutnya, difahamkan kumpulan terbabit aktif di luar Melaka dan hanya sesekali datang ke Pulau Besar untuk melakukan upacara tertentu.

"Pemantauan berkala yang kami lakukan di Pulau Besar tidak pernah berjumpa dengan kumpulan ini dan mereka dipercayai datang ke Pulau Besar sekali sekala.

"Namun JAIM akan terus melakukan pemantauan dan sekiranya orang awam terserempak dengan aktiviti kumpulan tersebut, mereka dinasihatkan agar melaporkan segera kepada JAIM," katanya.

Source: Sinar Harian 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 3 hrs 20 mins ago