Translate

30 January 2021

Lebih 4,000 Pekerja Warga Asing Positif COVID-19 - Ismail Sabri

Lebih 4,000 pekerja warga asing positif COVID-19 - Ismail Sabri

BERNAMA
30/01/2021 

KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Seramai 251,101 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 sejak 1 Dis lalu hingga semalam dengan 4,735 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebanyak 10,500 majikan telah menghantar pekerja mereka menjalani ujian itu yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas pekerja asing.

“Semalam, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 8,601 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dengan 133 daripadanya positif.

“Hingga kini juga, 887 klinik terlibat dengan program saringan ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ujian itu selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan semua pekerja warga asing, khususnya di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dengan kos ditanggung majikan masing-masing.

Selain itu, Ismail Sabri berkata sejak 20 April lepas, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan 14,840 pemeriksaan melibatkan 8,404 tapak pembinaan di seluruh negara.

Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), beliau berkata Polis Diraja Malaysia menahan 426 individu dengan 404 dikompaun, 21 direman dan seorang dijamin, semalam.

Kawalan sempadan menerusi Operasi Benteng pula menyaksikan 23 pendatang tanpa izin ditahan manakala lima kenderaan darat dan dua bot dirampas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 8 hrs 6 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 8 hrs 33 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 9 hrs 17 mins ago