Translate

29 January 2021

Lelaki Mati Disimbah Asid: Tujuh Termasuk Isteri Direman

Lelaki mati disimbah asid: Tujuh termasuk isteri direman

BERNAMA
29/01/2021 

SEREMBAN, 29 Jan -- Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat disimbah asid dalam kejadian pada 3.31 pagi Sabtu lepas di Taman Pulai Impian, Sikamat direman bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim dalam kenyataan di sini, hari ini berkata selain wanita berkenaan, turut direman ialah enam lelaki.

“Kesemua tujuh suspek berumur 15 hingga 41 tahun itu yang ditahan menerusi beberapa siri tangkapan, direman hingga Selasa depan (2 Feb),” katanya.

Mohd Said berkata polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 23 Jan lepas dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun itu mengalami 30 peratus kecederaan akibat melecur disimbah cecair dipercayai asid.

Bagaimanapun, mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban disahkan meninggal dunia pada 11 malam, semalam.

Mohd Said berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 3 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 11 mins ago