Translate

31 January 2021

Tiada Sebarang Kegiatan Bom Diletupkan Di Sabah, Labuan - Acryl Sani

Tiada sebarang kegiatan bom diletupkan di Sabah, Labuan - Acryl Sani

BERNAMA
31/01/2021 


KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Susulan bunyi letupan dan gegaran yang dirasai penduduk di beberapa tempat di Sabah dan Labuan pagi tadi, polis menjelaskan tiada sebarang kegiatan meletupkan bom yang dilakukan pihak berkuasa di kawasan terbabit hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama.

“Saya telah semak dengan Pesuruhjaya Polis Sabah (Datuk Hazani Ghazali) dan tiada sebarang letupan dibuat. Kemungkinan letupan yang didengari itu berpunca daripada aktiviti melibatkan petroleum. Boleh semak dengan Petronas,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, polis tidak menerima laporan daripada penduduk berhubung insiden itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan punca letupan serta gegaran tersebut.

Penduduk di sekitar daerah Sipitang dan Beaufort di Sabah serta Labuan panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran pada kira-kira 11 pagi.

Mereka mendakwa letupan dan gegaran itu dirasai selama kira-kira 10 saat.

Sementara itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan bunyi letupan dan gegaran itu tiada kaitan dengan Latihan Perang Borneo 1/21 pasukan keselamatan tersebut.

Jurucakap TLDM berkata latihan perang itu yang bertujuan mempersiapsiagakan aset Armada Timur di sini hanya dilaksanakan pada Khamis lepas.

"Negatif, bukan daripada TLDM memandangkan Latihan Perang Borneo berlaku pada 28 Jan sahaja," menurutnya dalam mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak menafikan dakwaan pengguna media sosial bahawa kerja-kerja memusnahkan bom lama yang ditemui di Labuan baru-baru ini menjadi punca gegaran serta letupan itu kerana operasi memusnahkan bom dilakukan semalam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 8 hrs 12 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 8 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 8 hrs 26 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 8 hrs 40 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 9 hrs 24 mins ago