Translate

26 February 2019

Polis D7 Gempur Hotel Bajet Dalam Ops Noda



Published on 25 Feb 2019

Satu sindiket pelacuran yang baharu lima hari beroperasi di hotel bajet berhampiran Sunway Mentari, digempur polis menerusi Ops Noda. Dalam serbuan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu, seramai 11 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks ditahan. Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin, berkata dalam serbuan pada jam 9.30 malam itu, polis turut menahan empat pelanggan terdiri daripada lelaki tempatan. Sindiket ini dikesan baharu lima hari beroperasi dan urusan mengaturkan pelanggan ke hotel itu diuruskan oleh seorang lelaki berperanan sebagai ejen yang kini kita sedang dikenal pasti identitinya. Siasatan mendapati kegiatan tidak bermoral ini diiklankan menerusi media sosial serta laman web dan pelanggan yang berminat perlu berhubung dengan ejen itu menerusi aplikasi WhatsApp, katanya kepada pemberita. Jelasnya, pelanggan dikenakan bayaran antara RM230 sehingga RM950 bergantung kepada tempoh masa khidmat seks yang diberikan. “Pelanggan dikenakan bayaran RM230 sejam, manakala pelanggan yang mahu khidmat seks semalaman daripada jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi, dikenakan bayaran RM950. Sebahagian wanita warga asing yang ditahan ketika OPS Noda oleh Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. “Semua pekerja seks berkenaan ditempatkan di bilik yang terletak di tingkat tiga hotel bajet dan pelanggan akan diberikan nombor bilik oleh ejen berkenaan,” katanya lagi. Katanya, tangkapan terdiri daripada 10 wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia antara 22 sehingga 30 tahun. “Semakan mendapati semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan dan visa lawatan yang sah ke negara ini. “Kita sedang berusaha mengesan dalang utama sindiket ini dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” kata beliau. Mohd Khaizam berkata, empat pelanggan yang ditahan turut dibawa ke IPD sama untuk membantu siasatan. Difahamkan, setiap wanita itu mampu menjana pendapatan antara RM500 sehingga RM600 sehari bergantung kepada jumlah pelanggan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 3 hrs 8 mins ago