Translate

20 February 2019

Papagomo tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kata Polis


Papagomo tak serang Syed Saddiq, kata polis
Bernama
-February 20, 2019 2:44 PM
Noor Rashid Ibrahim (kiri) ketika menyempurnakan istiadat penganugerahan PJPN Kontinjen Selangor, hari ini. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Siasatan awal polis mendapati Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang sebelum ini direman 3 hari bagi membantu siasatan, sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat, hari ini.


Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 5 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 38 mins ago