Translate

16 February 2019

Polis buru lelaki samun dan belasah wanita dalam lif di Stesen MRT Taman Mutiara


Polis buru lelaki samun dan belasah wanita dalam lif

EDDY HAMIDI
16 Februari 2019 11:04 AM
KOSMO




Rakaman CCTV memperlihatkan perilaku penyamun yang tidak berhati perut.




KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan kini diburu polis berhubung satu kejadian samun sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita di dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini awal pagi kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.45 pagi itu mangsa berusia 48 tahun telah disamun serta dibelasah oleh suspek setelah masuk ke dalam lif di stesen berkenaan.

"Suspek telah melarikan dompet milik mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad bank serta wang tunai berjumlah RM400.

"Mangsa juga turut mengalami kecederaan bengkak di dahi dan kesakitan di beberapa bahagian badan setelah dibelasah oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rusdi, setakat ini seramai tiga orang saksi telah dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkanckecederaan," tegas beliau.

Terdahulu, satu klip televisyen rakaman litar tertutup (CCTV) berdurasi 56 saat telah tular di media sosial memaparkan mangsa dipukul oleh suspek yang kemudiaannya melarikan dompet milik mangsa di dalam sebuah lif.

Klip video tersebut memaparkan mangsa yang berjalan seorang diri telah diekori oleh suspek masuk ke dalam lif sebelum suspek bertindak menumbuk serta menendang mangsa beberapa kali sebaik pintu lif tertutup.

Suspek kemudiannya dilihat berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya memegang rambut mangsa sebaik pintu lif terbuka di tingkat lain sebelum tergesa-gesa menutup kembali pintu lif berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri keluar dari lif. - K! ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED