Translate

23 January 2019

Seorang penyelidik politik Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa buli dan diugut para pegawai imigresen ketika tiba di KLIA2




Published on 22 Jan 2019


Seorang penyelidik politik Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa buli dan diugut para pegawai imigresen ketika tiba di KLIA2 pada hari Isnin lalu. Beliau berada di sini untuk menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan atas undangan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong. Sophie Lemiere, mendakwa seorang pegawai menahan beliau yang baru tiba dari Singapura di kaunter imigresen daripada memasuki negara sekitar pukul 9 malam. Menurut Lemiere, pegawai imigresen berkenaan memberitahunya hal ini disebabkan namanya ditandakan berada dalam senarai polis. Lemiere yang merupakan pakar kajian Malaysia di Ash Center for Democratic Governance and Innovation dari Universiti Harvard berkata telah menjelaskan kepada pegawai itu mengenai jemputan tersebut. Beliau membuat laporan mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya malam tadi. Beliau hadir ke balai polis ditemani peguam N Surendran dan Latheefa Koya. Lemiere merupakan pengarang buku Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People, yang antara lain menyorot kegiatan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) atau lebih dikenali sebagai 'Tiga Line' antara NGO Melayu yang sangat terkenal dan mempunyai anggotanya di seluruh pelosok Malaysia. Beliau menjalankan kajian selama lima tahun di Malaysia mengenai Pekida. Lemiere mendakwa Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah (BN). Dalam bab berjudul “Gangsta & Politics in Malaysia”, Lemiere mendapati 'Tiga Line' mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”. Bagaimanapun, Pekida dalam laporan media menafikan mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Empat lelaki didakwa peras ugut seorang lelaki RM1' 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Gara-Gara Suka Sama Suka Remaja 11 Tahun Hamilkan ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Gara-Gara Suka Sama Suka Remaja 11 Tahun Hamilkan ' 57 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Apa Nak Jadi? Polis Bimbang Trend Ramai Wanita Car' 1 hr 1 min ago