Translate

25 January 2019

Polis sudah merakam kenyataan ADC Najib Razak,DSP Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Altantuya




Polis dah rakam keterangan Musa Safri

MyMetro


MOHAMAD Fuzi. FOTO Arkib NSTP


Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my





POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam kenyataan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Razak, Deputi Superintendan Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, enggan mengulas lanjut mengenai kes berbangkit.


“Ya, ya (ketika ditanya jika PDRM sudah ambil keterangan bekas pembantu bekas Perdana Menteri itu) ,” katanya ringkas pada sidang media selepas melancarkan Program Ronda Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, di Kuala Lumpur, hari ini.


Sebelum ini, PDRM dilaporkan akan meneliti cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa baharu bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saksi terbabit kes itu termasuk Musa akan dipanggil semula jika ada keperluan.

Pada 20 Jun lalu, bapa model Mongolia itu, Dr Setev Shaariibuu membuat laporan polis supaya kes pembunuhan anaknya dibuka semula.

Berikutan itu, kerajaan setuju supaya kes berkenaan dibuka semula dan polis sudah mengambil keterangan Dr Setev.

Dr Setev turut meminta polis supaya memanggil Musa kerana lelaki itu saksi yang sangat penting dan sesuatu yang perlu dipertimbangkan semasa pendakwaan.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 8:42 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 49 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 54 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 1 hr 13 mins ago