Translate

29 January 2019

Ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara 18 bulan, konsert akan diteruskan



DEWA 19 dijadualkan menjayakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu ini. Foto Nizra Production



Ahmad Dhani dipenjara, konsert Dewa 19 tetap diteruskan


Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Penganjur Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel, Nizra Production menafikan, konsert itu bakal ditunda atau dibatalkan.

Pengarah Urusannya, Nik Iruwan berkata, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

“Kami ingin memaklumkan tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti yang digembar-gemburkan.

“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert itu akan tetap berlangsung seperti dijadualkan.

“Dewa 19 juga akan memberikan persembahan terbaik buat semua,” katanya dalam satu kenyataan media.

Isu itu tercetus apabila ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara 18 bulan selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial menerusi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Selatan, hari ini.


Dalam satu temu bual bersama media Malaysia sebelum ini, Dhani memberi bayangan, konsert itu mungkin menjadi persembahan terakhir mereka.

Katanya, ini kerana kumpulan itu tidak lagi menghasilkan album atau single baharu, sebaliknya boleh dianggap sebagai 'band panggilan' yang hanya muncul apabila diundang.

Konsert ini juga dianggap istimewa kerana menggabungkan tiga vokalis asal kumpulan itu iaitu Dhani, Once dan Ari Lasso. Mereka bersilih ganti berada di posisi vokal sejak Dewa 19 ditubuhkan di Surabaya pada 1986.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 40 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 7 hrs 46 mins ago