Translate

26 July 2018

Restoran Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura ditutup operasinya selepas Chef di restoran tidak mengikut resepinya

Image result for Chef Wan’s Kitchen Esplanade

Masak tak ikut resipi, restoran Chef Wan di Singapura ditutup

FMT Reporters | July 25, 2018



Chef Wan berkata penutupan restoran terpaksa dilakukan disebabkan beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.




Restoran Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura ditutup operasinya selepas tukang masak Singapura dikatakan tidak mengikut resepi chef selebriti tersebut.

Menurut laporan sebuah portal di Singapura, terdapat notis yang ditampal di luar pintu memaklumkan operasi restoran itu ditutup.

Chef Wan berkata beliau tidak menilai sama ada tukang masak tersebut bagus atau tidak, sebaliknya mengesahkan ia berpunca daripada beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.

“Chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya.



“Pergi bandingkan lontong saya dengan lontong dia atau nasi lemak saya dengan nasi lemak dia, cukuplah. Berbuih-buih cakap berhari-hari hantar gambar, hari-hari buat macam-macam,” katanya.

Beliau turut mengakui faktor beliau tidak berada di restoran yang dibuka sejak Julai lalu mungkin antara penyebab ia menerima nasib itu.

“Saya tidak tahu, tapi mungkin juga,” katanya.

Beliau akui lega dengan keputusan penutupan restoran yang dibuka dengan rakan kongsi di Singapura itu kerana dapat mengelak chef-chef Singapura dimaki hamun siang malam selepas gagal mengikut resepinya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED