Translate

30 July 2018

Beberapa Ahli K-Pop TWICE menangis apabila melihat peminat peminat berkumpul di lapangan terbang KLIA selepa konsert mereka dibatalkan (VIDEO)


Konsert batal, TWICE menangis peminat berkumpul di KLIA

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2018 2:23 PM



Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my



Beberapa anggota kumpulan TWICE dilihat menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat terhadap mereka. Foto Ihsan Twitter @Tzu_Deng & @naboongs
(Ubah saiz teks)



ANGGOTA kumpulan TWICE dilihat mengalirkan air mata kerana berasa terharu dengan sokongan peminat mereka di Kuala Lumpur yang berkumpul di ruang menunggu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Sabtu.

Kumpulan itu berlepas pulang ke Korea Selatan selepas konsert pertama mereka di negara ini, TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada malam Jumaat terpaksa dibatalkan disaat akhir atas faktor keselamatan.

Walaupun kecewa dengan keadaan itu, peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ONCE berkumpul di KLIA bagi menunjukkan sokongan terhadap kumpulan itu selain mengucapkan selamat tinggal.



image: http://www.mstar.com.my/hiburan/k-pop/2018/07/28/twice/~/media/ae9a2acdc1254737a1d4e9c45af8de02.ashx?la=en



Peminat berkumpul di ruang menunggu KLIA.

TWICE yang melalui kawasan menunggu sempat meluangkan masa melambai ke arah peminat yang menunggu kehadiran mereka sehingga ada di antara mereka menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat.

Mereka juga dilihat menyarungkan kain batik dibahu mereka dipercayai hadiah daripada peminat setia kumpulan itu.

Kumpulan itu turut memuat naik video ucapan kepada peminat di Instagram berbunyi; Jumpa lagi Malaysia!



image: http://www.mstar.com.my/hiburan/k-pop/2018/07/28/twice/~/media/e8bbf6b69d4b48aa852f3d2fcbc4de26.ashx?la=en

TWICE turut memuat naik video ucapan kepada peminat di Malaysia.

TWICE dianggotai oleh Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

Ditubuhkan pada 2015 dan popular dengan lagu hit termasuk TT, What Is Love, Likey, Heart Shaker, Dance The Night Away, Candy Pop, Knock Knock, Signal, Like Ooh Ahh dan banyak lagi.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/k-pop/2018/07/28/twice/#9ybBHYCRgLl65LoB.99














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 41 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 41 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'JKKPP to determine timing for transition to endemi' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 6 mins ago