Translate

29 July 2018

Gelagat anak pelakon Yana Samsudin yang tersalah mengecam wajah ibunya telah menarik perhatian ramai peminat

Gelagat Anak Yana Samsuddin 'Tersalah Peluk Orang' Curi Perhatian

..
Gelagat anak sulung lelaki pelakon Yana Samsudin, Aisy Mateen, 2, yang tersalah mengecam wajah ibunya telah menarik perhatian ramai apabila video tersebut dikongsikan Yana di laman Instagramnya.
Menerusi video berdurasi 1 minit yang kini telah ditonton lebih 300 ribu orang itu menyaksikan Mateen yang selesa dalam dukungan Mira Filzah sebelum ditegur Yana sambil menghalakan rakaman video ke arah anaknya itu.
Mateen yang menyedari dia berada bersama ‘orang yang salah’ pantas menarik dan memeluk Yana sambil tersipu malu. Tidak sekadar itu, si comel itu turut mencium pipi Yana seolah-olah memohon maaf daripada ibunya.
“Mane satu mommy awak ni sebenarnya @aisymateen?” tulis Yana pada kapsyen video yang dimuat naik itu seperti yang dilaporkan Sinar Harian online.
Menurut yana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya bersama Mira Filzah.
“Dia selalu salah kalau dengan Mira,” kata Yana sambil ketawa.
Perkongsian tersebut mencuit hati ramai pengikut Yana di Instagaram yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dengan aksi comel Mateen.
Tidak ketinggalan yang bergurau meninggalkan komen ‘nakal’ kepada Yana.
“Anak salah takpe, jangan papa dia yang salah sudah,” tulis seorang pengikut berseloroh.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 2 hrs 21 mins ago