Translate

27 July 2018

Panggilan ‘kekanda’,‘adinda’ oleh YB Kesavan ceriakan Suasana Dewan Rakyat


Panggilan ‘kekanda’, ‘adinda’ ceriakan Dewan Rakyat

Bernama | July 26, 2018
FMT


Wakil rakyat PKR, S Kesavan dahulunya seorang Adun di bawah Parlimen Bagan Datuk, kawasan Zahid Hamidi.

VIDEO INSIDE




KUALA LUMPUR: Sapaan “kekanda” dan “adinda” antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang saling berseloroh mesra hari ini, menceriakan suasana Dewan Rakyat yang kebiasaannya “panas” dengan pelbagai isu.

Ia bermula apabila S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengambil giliran membahaskan titah Agong membahasakan dirinya sebagai “adinda” ketika menyapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gelaran “kekanda”.

Kesavan menarik perhatian Zahid apabila memberitahu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau anak watan Bagan Datuk, dan dahulunya Adun Hutan Melintang, antara DUN bawah Parlimen itu.

Kenyataan itu menyebabkan Zahid bangun membalas ucapan Kesavan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput.



“Saya ucapkan tahniah kepada Sungai Siput kerana secara rasminya dinaikkan pangkat untuk bertanding di Sungai Siput dan meninggalkan DUN Hutan Melintang.

“Adakah Yang Berhormat rasa terima kasih kepada kekanda kerana semasa menjadi pihak pembangkang pun kekanda sudah memberikan layanan yang saksama dan terbaik kepada Yang Berhormat?” kata Ahmad Zahid.

Kepada soalan itu, Kesavan menjawab: ”Kekanda Bagan Datuk, saya kini berhijrah ke Sungai Siput. Walaupun Bagan Datuk jauh dari pandangan Sungai Siput, namun dekat di hati.

“Saya ucap terima kasih,” kata Kesavan dengan gelagat kedua-dua mereka disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen yang lain.

Kesavan ketika menyambung perbahasannya berkata walaupun wadah dan ideologi perjuangan parti berbeza, warna kulit berbeza, agama dan bahasa berbeza, ia tidak harus menjadi halangan kepada persaudaraan.

Perbahasan itu turut mendapat pujian Timbalan Speaker Nga Kor Ming yang menyifatkan cara sapaan kedua-dua Ahli Parlimen itu menepati pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa’ dan wajar menjadi contoh di dewan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung minggu depan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 2 hrs 21 mins ago