Translate

29 July 2018

Penyanyi popular, Deja Moss mengakui dirinya didekati ramai lelaki muda

Malaysian Digest

.

Penyanyi popular, Deja Moss mengakui dirinya didekati ramai lelaki muda berusia antara 28 hingga 30 tahun yang ingin mengenali dirinya sejak kemelut rumah tangganya diperkatakan ramai ketika ini.

Malah, kata pemilik nama sebenar, Sharifah Hadijah Wan Moss, dia tidak menyangka ada segelintir lelaki muda yang berani menghantar pesanan ‘Direct Message’ (DM) padanya di laman Instagram.

“Lelaki muda itu juga mengaku peminat saya dan memberitahu menyukai penampilan saya nampak bergaya dan awet muda sekarang.

“Saya terus membalas mesej peminat itu dan memberitahu umur sudah 45 tahun dan jauh lagi muda daripada usia mereka.

“Namun, saya menolak secara baik dan memberitahu diri ini belum bercerai dan masih memegang status isteri orang,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya soal pengganti, kata Deja yang popular dengan lagu Asmara Ini, dia belum terfikir soal mencari teman istimewa ketika ini.

“Saya seorang yang setia dan tidak mudah mencari pengganti dalam tempoh terdekat ini.

“Saya perlu selesaikan kemelut melanda rumah tangga terlebih dulu sebelum membina hidup baru.

“Buat masa ini, fokus saya hanya pada program amal dan karier nyanyian,” katanya.

Mengulas perkembangan kes rumah tangganya pula, kata Deja, pihaknya dan suami, Azfendy Azzuddin Ahmad menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik akan mengemukakan laporan lengkap berhubung kemelut yang melanda seperti ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 24 September nanti.

Deja melantik rakan baiknya Dr Azuraida Shahadan untuk mewakili dirinya. Manakala, Azfendy pula melantik abangnya.

Deja dan suami, Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata.



sumber : Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED