Translate

28 July 2018

Logo and Bunkface Song- "Kita Punya Malaysia" is official song picked by PM for 61st Merdeka Day 2018 celebration themed Sayangi Malaysiaku,








PM picks official logo, song for 2018 Merdeka Day celebration

Noor Atiqah Sulaiman
New Straits Times27 July 2018



PUTRAJAYA: A stylised graphic of three Malaysians raising their arms with pride with the symbol of the heart on their shoulder has been chosen as the official logo for the 2018 Merdeka Day celebration, themed “Sayangi Malaysiaku” (Love MyMalaysia).

Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo said the logo denotes the harmony and unity enjoyed by Malaysia’s multiracial and multicultural society, as well as the rakyat’s love for the nation.

Created by Nik Zulkifli Nik Hitam, the logo was chosen by Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad on Wednesday, Gobind added.

“We opened the logo competition to all Malaysians and received 632 submissions.

“The prime minister took the time to choose the official logo and song for the Merdeka Day celebration this year,” he said in his speech at the logo’s unveiling.

Gobind said Sam Bunkface’s song was picked as the official anthem because of its pop genre and catchiness.

“This year’s song is a bit different due to its catchy tune.

“It also reflects the change of government, and Pakatan Harapan’s vibrancy.

“The song will be the government’s official song and will be aired nationwide,” Gobind added. © New Straits Times Press (M) Bhd






Lagu Bunkface 'Kita Punya Malaysia' jadi lagu tema Hari Kebangsaan ke-61

Gempak | Julai 27, 2018 21:08 MYT




Lagu nyanyin Bunkface itu dikatakan mempunyai elemen 'most catchy' dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga. - Instagram/@bunkfaceband

KUMPULAN indie popular, Bunkface tampil dengan lagu terbaharu mereka, Kita Punya Malaysia, sebagai lagu tema untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 kali ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima untuk sambutan pada acara tersebut.

"Ia menjadi lagu rasmi kerajaan Pakatan Harapan untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dan ia akan disiarkan di media rasmi di seluruh negara," katanya pada sidang media Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya, hari ini.



undefined
Menurutnya, lagu tersebut mempunyai elemen 'most catchy' dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga.

"Dalam tempoh masa 5 tahun banyak perkara perlu dilakukan dan lagu ini menjadi medium yang sesuai," katanya.



Gobind turut menyatakan lagu patriotik terdahulu boleh terus dimainkan di stesen TV mahupun radio sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

Acara Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula 3 hingga 5 Ogos nanti.

Acara Kembara Merdeka Jalur Gemilang pula akan menjelajah ke seluruh negara, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos sehingga tamat pada 31 Ogos nanti, ketika acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.



Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 yang dipilih daripada 632 penyertaan.
Pada 25 Julai lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan lagu tema pada tahun ini.

Logo rasmi ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam itu menggambarkan simbol rakyat mengangkat tangan dan hati yang menyatukan mereka.

Sebanyak 632 penyertaan diterima dan kesemua cadangan logo Hari Kebangsaan ini akan dijadikan sebuah buku.

Beliau juga menjelaskan, bajet untuk sambutan kali ini yang membawa tema 'Sayangi Malaysiaku' lebih kecil dibandingkan sambutan pada tahun lalu ketika meraikan perayaan ke-60 tahun.

Gobind menyeru rakyat Malaysia bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang bermula sekarang sehingga sepanjang Ogos dan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September nanti.


Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak & IG @bunkfaceband

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED