Translate

10 July 2018

Marina Mahathir mempersoal jika penerbitan setem sempena Hari Jadi Tun M oleh Pos Malaysia itu dilakukan dengan izin bapanya





Marina tak puas hati dengan setem Dr M?

FMT Reporters | July 10, 2018

FREE MALAYSIA TODAY



Pos Malaysia akui pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri dan jurugambar sebelum menggunakan wajah Mahathir dan foto beliau untuk penerbitan setem tersebut.




Kita semua sedia maklum mengenai Hari Kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini.


Dalam menyambut dan menghargai beliau selaku perdana menteri tertua di dunia, kita juga sedia maklum Pos Malaysia membuat penghargaan khas dengan mengeluarkan setem menggunakan momen menarik beliau dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Namun, satu Tweet oleh Datin Paduka Marina Mahathir pada 6 Julai lalu menunjukkan beliau mempersoal jika penerbitan setem oleh Pos Malaysia itu dilakukan dengan izin bapanya viral di laman sosial.

“Dan tidak minta izin @chedetofficial terlebih dahulu,” tulis Marina dalam bahasa Inggeris turut di tweet semula sebanyak 135 kali.





Bagaimanapun Pos Malaysia ketika dihubungi FMT akui pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri dan jurugambar sebelum menggunakan wajah Mahathir dan foto beliau untuk penerbitan setem tersebut.
Tweet Marina menerima pelbagai reaksi bercampur daripada netizen.
Sebanyak 100,000 keping setem dicetak untuk setiap reka bentuk Setem Ku dan dijual pada harga RM93 untuk setiap set.
Dr Mahathir menyambut ulang tahun ke-93 pada hari ini, 10 Julai 2018.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED