Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Juhan Sabturani, 36,yang berada di bahagian duduk penumpang belakang kereta Proton Preve maut dalam kejadian itu.
Kemalangan itu melibatkan lima buah kenderaan masing-masing dua buah Proton Preve, Pegueot, Proton Waja dan Mazda 3.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Mazda 3 yang dipandu secara melawan arus di lorong kanan dari arah bertentangan.
Menurutnya, apabila tiba ditempat kejadian, kereta mangsa yang dinaiki tiga individu dari arah pusat bandar tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Mazda 3 terbabit.
“Kemudian datang tiga lagi kereta dari arah pusat bandar tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan dinaiki mangsa dari arah belakang.
“Siasatan juga mendapati kereta yang melangar belakang kereta mangsa adalah dari syarikat sama dan dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari pusat bandar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Zulkefly, pemandu kereta Preve tersebut Mohd. Firdaus Fazil, 29, dan penumpang hadapan Asrie Wajib, 27, cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.
“Pemandu kereta Mazda 3, Yee Kin Sum, 27, yang melawan arus itu, turut cedera parah dan mendapatkan rawatan di HUKM,” katanya.
Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE