Translate

01 September 2017

Untuk pengguna internet, pembeli dan penjual Online !!! Kini anda boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlebih dahulu

       Image result for ahmad nordin polis jenayah siber

Hebahan untuk pengguna internet, pembeli dan penjual Online !!! 

Kini anda boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlebih dahulu untuk mengenalpasti samada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak sebelum anda membuat sebarang transaksi pembelian. 

PDRM dibawah pengendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melancarkan portal untuk membuat semakan. Anda boleh mengakses portal di url *http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/* dan masukkan nombor akaun untuk semakan. 

Jadilah pengguna yang bijak !!

UNTUK SEMAK MANA MANA AKAUN SIL KLIK  DI BAWA INI
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/#






Pelawat 'serbu' portal kesan penipuan JSJK
30 Ogos 2017 9:05 PM



KUALA LUMPUR 30 Ogos - Portal percubaan bagi mengesan kegiatan penipuan yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendapat sambutan orang ramai apabila diakses lebih 47,000 pelawat sejak mula dibuka beberapa hari lalu.


Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, portal diilhamkan sendiri oleh Pengarah JSJK, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani itu akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat selepas melalui proses penambahbaikan.


“Portal yang kini boleh diakses di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule itu memberikan kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan akaun bank seseorang sama ada pernah terlibat dalam kes penipuan atau tidak.

“Ia masih dalam tempoh percubaan dan dalam hanya tempoh beberapa jam dibuka kepada orang ramai, sebanyak lebih 25,000 carian telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Noordin, orang ramai hanya perlu memasukkan nombor akaun pihak yang menawarkan perkhidmatan atau penjual untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit sebelum dipaparkan di ruang carian. - UTUSAN ONLINE


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 1 hr 58 mins ago