PETALING JAYA: Selepas dihimpit kontroversi penyebaran video mirip wajahnya, pelakon Fathia Latiff akhirnya membuat kemunculan penuh emosi sambil menitiskan air mata pada malam Ahad.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, dalam rakaman langsung menerusi Instagram miliknya berulang kali mengucapkan perkataan don’t fitnah me… don’t fintah me (jangan fitnah saya).
Dalam rakaman video berdurasi kria-kira 1.44 saat itu, Fathia antara lain berkata dia masih belajar mengenai Islam termasuklah untuk mengenal Tuhan.
Dia juga cuba bersikap jujur dengan peminatnya selain merayu agar dia tidak terus difitnah.
“I'm still learning about Islam, I’m still learning about god and I am being honest to you guys and don’t fitnah me. It's not right to fitnah me. (Saya masih melajar mengenai Islam, saya masih belajar mengenai Tuhan dan saya bersikap jujur kepada anda semua dan jangan fitnah saya. Tak adil memfitnah saya),” katanya dalam rakaman itu.
Fathia turut menyentuh mengenai andaian terhadapnya oleh pihak di luar sana selain dia berharap agar semua pihak memahaminya selain berdoa untuk kebaikan dirinya.
Dia juga mengambil contoh rakannya yang mahu memakai tudung namun apabila mendapat cacian, mereka rasa kecewa kerana tiada pihak yang ingin memberi sokongan.
“Saya still learning and I hope you guys understand. I hope you guys pray for me and don’t fitnah me (saya masih belajar dan saya harap anda semua faham. Saya harap anda semua berdoa untuk saya dan jangan fitnah saya),” katanya.
Selain penyebaran video dari aplikasi Bigo Live yang menampakkan wanita mirip Fathia menari seksi, pelakon ini turut digugurkan daripada penggambaran drama Laluna kerana dikatakan tidak berdisiplin.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/18/dont-fitnah-fathia/#DPFqM0mggHBvmAhV.99